Dah lupa berapa lama tak update blog..=D kalau blog ni ada habuk, mesti kena mop cuci kilat-kilat dulu..
Lepas exam habis, terus balik kampung..maklumlah kampung kat Simunjan, Sarawak..jauh beribu batu..
Kalau dah balik kampung, concentrate jaga nenek je..habiskan masa dengan nenek daripada mengadap laptop kan (padahal laptop tinggal kat KL)..masa dengan orang tersayang mesti dihargai..
Sepanjang cuti ni, banyak aktiviti selain makan & tido..masa cuti, sunyi sikit sebab makcik & family dah transfer ke Betong..rindu sangat kat Aqil & kakak2nya tu =(
Masa cuti,saya, atuk & nenek je yang ada kat rumah..selalu tido awal..pukul 9 dah sunyi..nak tengok TV pun takut sebab sorang2 duduk kat ruang tamu. Rumah dah la besar, banyak bilik pulak tu..start la terpikir macam2 yang pelik..huhu..
Tapi yang seronoknya, masa cuti baru2 ni ada buat majlis makan doa selamat untuk nenek..kaki nenek dah genap 1tahun dipotong sebab diabetes..tapi sekarang nenek dah ada kaki palsu alhamdulillah =) tukang masaknya, takkanlah atuk..mestilah saya =D
Kari Ayam..ni je yang sempat diselamatkan.. |
Sedapnya labu air tumis udang kering =O |
Actually ada lagi menu lain..tapi ni je yang sempat diambik gambar..yang lain dah takde sisa..hehe..
Then, masa cuti pun banyak habis dengan makan..and eksperimen buat kek..eksperimen pun, jadi jugak..hehe..tak percaya, tengok gambar kat bawah ni:
Materials & Methods : Secret Recipe =) |
Result : Kek yang sedap..hehe.. |
Discussion : Kek laku sangat-sangat..baru 2 minit ni.. |
Conclusion : Saya dah pandai buat kek =) |
Sekarang, dah balik KL,a new chapter begins..final semester has came!! So cycle seorang student pun dah start semula..
--Bunga Angkasa--